Insiden melibatkan penderaan kanak-kanak di pusat asuhan bukanlah suatu perkara yang asing lagi di Malaysia.
Terbaru, dua buah rakaman CCTV yang menunjukkan dua orang wanita yang dipercayai pekerja di sebuah pusat asuhan telah memukul beberapa orang kanak-kanak yang berusia di dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun telah jadi tular di Facebook.
Di dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah ditampar oleh seorang wanita sehingga dia terjatuh daripada tempat duduk. Manakala di dalam video yang lain, pekerja pusat asuhan itu dilihat sengaja meletakkan seorang kanak-kanak di atas kanak-kanak yang lain.
Otak kau ni level binatang haram ke?
Malah, video yang kedua menunjukkan seorang lagi wanita lain yang mengangkat badan seorang kanak-kanak perempuan yang kemudian menghempas ke badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang duduk di atas lantai.Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut telah menarik telinga kanak-kanak lelaki itu tanpa diketahui kesalahan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut kerana mereka semua kelihatan sedang elok duduk diam.





