Persepsi “Men are trash” kini semakin sinonim di kalangan netizen terutama bagi kaum wanita yang beranggapan lelaki sering berlaku curang dan berkelakuan jelek terhadap mereka. Perkara ini berlaku tidak kira yang belum mahupun yang sudah berkahwin.
Namun, isu ini terjadi sebaliknya kepada seorang lelaki di Facebook menggunakan nama Ku Fazly yang telah berkongsi pengalaman hidupnya disantau dan dilanggar oleh isterinya sehingga koma akibat kantoi lari bersama teman lelaki yang lain.
Isterinya yang dikatakan berlaku curang telah bersikap agresif dengan memandu kereta Perodua Myvi sehingga sanggup langgar dirinya dan membawa anak bongsu mereka berusia tiga tahun yang dikatakan menghidapi penyakit Autisme.
“Abah!! Tak yah la”
Jika dilihat pada rakaman video yang berdurasi 48 saat itu, dia kelihatan cuba untuk menahan kereta tersebut daripada mengambil anak bongsunya.Tindakan dia dengan mematahkan wiper sebelum kereta tersebut bergerak berterusan sehingga dirinya tercampak ke bahu jalan sehingga mengalami kecederaan di kepala.







